Memetik kata-kata a.kadir jasin dalam blognya www.kadirjasin.blogspot.com : “As we get older, we tend to become philosophical. And we are prone to nostalgia. That’s because our brains remember things and events that occurred during our younger days better than what’s currently happening.”
Ini adalah penulisan saya yang ke-68 sejak saya menulis blog bermula pada 29 Ogos 2005 bermakna sudah lebih kurang 3 tahun 2 bulan 2 hari saya menulis. Dalam jangkamasa itu sudah banyak yang berubah, saya sudah berkeluarga, saya sudah ada isteri, saya sudah pun menjadi abah kepada seorang bayi perempuan dan ibubapa saya juga sudah pun menjadi tok&wan dan anak saya adalah cucu mereka yang pertama.
Antara 68 penulisan saya itu yang paling saya suka iaitu penulisan tentang mak dan abah saya. Oleh kerana itu kali ini saya ingin re-publish kembali penulisan tersebut.
3 April 2007
hj shuhaimi & hjh noriah ibubapa yg hebat.
Aku ini selalu dan suka menulis blog ini kerana tak perlu menggunakan tulisan tangan dan kehabisan dakwat serta kehilangan buku.tapi aku terlupa untuk menulis untuk abah dan emakku yang banyak berjasa.
aku ini bukanlah anak yang senang dibesarkan kerana aku adalah amat degil dan susah untuk mendengar nasihat sbb itulah sampai sekarang kebanyakan keputusan yang aku buat adalah berdasarkan pertimbangan diri sendiri tetapi aku tetap merujuk kpd abah dan emakku kerana mereka nampak dari side yang kita tak nampak.
…dan jawapan standard emakku “ikut awok lah mie awok dah besar,pikirlah baik buruk,mak doa semua anak2 mak selamat”
bila masa aku duduk sorang2 dan fikir2 balik ada benda2 yang dah lepas, baru kita perasan yg sebenarnya decision kita tu ada yg menyinggung perasaan abah dan emak.hmm,tp dah lepas…..
tp abah dan emakku adalah ibubapa yang paling sporting dalam dunia ini dan aku bangga dan amat2lah bangga dan bersyukur Encik Shuhaimi Bin Ahmad dan Puan Noriah Binti Mat Kasim adalah ibu bapa kandung aku. Mereka tak pernah membangkang keputusan anak2 dan menyokong penuh segala usaha anak2 mereka supaya berjaya dalam kehidupan.
ada beberapa perkara yang aku sedih sebab mengecewakan abah dan emak tapi semuanya adalah masa. masa yg akan membuktikan dan tak beberapa hari lagi anak lelaki mereka ini akan berkahwin dan berkeluarga sendiri tapi abah dan emak adalah keutamaanku.
Mereka telah berkahwin selama 28 tahun.Aku begitu terharu dgn emakku.She’s devoted all her life to my father.Emakku pandai menjahit,pandai memasak makanan yang paling sedap dalam dunia,pandai membuat milo ais yang paling lazat,pandai menjahit,pandai menggubah bunga,boleh menaip dengan laju kerana die telah menaip selama 30 tahun tanpa henti sebagai seorang kerani.Tidak pernah terlepas tanggungjawab sbg seorang emak yang hebat.Bagi ku emak adalah emak yang terhebat.
My father got all the quality needed to become the man of the family .Abahku boleh menjadi technician,boleh menjadi tukang rumah,boleh menjadi mekanik kereta,boleh menjadi pemancing ikan yang hebat,pemain badminton yang unggul.kesimpulannya abah adalah pakej lengkap bagi seorang lelaki dan yang paling penting abahku adalah seorang yang bijak. Die tidak menjadi doktor kerana kesusahan keluarga dan tidak mahu menyusahkan arwah atukku. Tetapi pengetahuannya terhadap ilmu perubatan menyamai doktor2 muda….begitulah bangganya aku dengan abah dan aku berusaha bersungguh untuk menjadi seperti abah dalam apa juga yang aku buat.
Emak dan abah adalah pakej lengkap dan role model yang paling baik untuk aku dan dilot.Aku bangga menjadi anak mereka.Buat emak dan abah terima kasih kerana menjaga aku selama 25 tahun,semuanya baik2 sahaja. Biar aku sahaja menjaga kamu berdua selepas ini. Saya sayang emak dan abah saya.
p/s : aku juga kalau boleh tidak mahu ada anak sedegil aku….